Thursday, July 25, 2013

Bab Tiga

Aku di kampung. Bukan tak kerja, tapi teringin berbuka dengan mak aku. Dah tiga tahun aku tak berbuka sekali dia. Tahun ni dah 15 ramadan baru nak balik.

Aku baring di sofa meraba-raba bawah badan, aku rasa macam ada benda keras. 

Rupa-rupanya aku mencapai seketul novel yang bertajuk " ...... ........"

"who read this??" aku memekik bertanya.

Dengan suara bising anak-anak buah aku yang sedang menolong mak aku memasak untuk juadah berbuka di dapur, Tidak ada seorang pun yang dengar dan menghiraukan aku.

Aku selak bab satu, aku baca hingga habis. Aku terus komen dalam kepala, Apa punya mak bapak la paksa anak umur 17 belum ambil SPM kahwin dengan ustaz sekolah yang mengajar anaknya kerana mereka mahu menunaikan haji.

Aku berharap bab seterusnya anaknya lari dari rumah jadi aku terus sambung baca bab dua. Anaknya berjumpa sendiri dengan ustaz tu dan tanya kenapa setuju. Satu jawapan tak masuk akal "Saya terima kententuan Tuhan".

Kali ni aku betul-betul berharap anak dia lari dari rumah. Lari dari orang tua psycho dia, lari dari orang alim yang nak ambil kesempatan. Aku selak bab tiga.

"Dua minggu sebelum mak dan ayah bertolak ke Mekah, aku dinikahkan dengan ustaz."

" Pedophile!!!" aku jerit sambil buku itu aku campak ke penjuru dinding dan mendarat dengan teruk sekali.

"Hoii!!! Buku aku pinjam dari kawan aku tu, rosak la"

"Kepala otak kawan kau lagi rosak dari buku tu, sebelum dia rosakkan otak kau aku rosakkan buku tu dulu." Aku balas.

"alah, takde guna pun." anak buah aku sambung.

"diorang dah nak buat movie! Adi putra dengan Nora Danish berlakon."


"Bila keluar?" Mak aku sahut dari jauh.


-----







No comments: